Wednesday, December 17, 2008

Ulama dan Pramugari

ni aku ambik kat satu forum jokes..
semoga boleh dijadikan pedoman dan muhasabah diri..

Seorang ulamak sedang berada di dalam sebuah kapal terbang untuk ke sebuah negeri. Apabila tiba waktu solat, dia pun ke tandas untuk berwudhuk. Oleh kerana tandas di dalam kapal terbang terlalu
kecil, maka beliau terpaksa membuka pintu tandas itu ketika berwudhu. Tatkala beliau mengangkat salah satu dari kakinya ke tangki (washing basin), seorang peramugari telah ternampak perbuatan ulamak itu dan menegurnya.

Peramugari: (dengan suara dikeraskan..) Tuan tidak boleh memasukkan kaki ke dalam tangki tu, sebab ia akan mengotorkan tangki. Ini tempat basuh muka bukan basuh kaki.

Ulamak: (dengan suara lembut dan penuh rendah diri...) Berapa kali saudari mencuci muka saudari dalam satu hari?

Peramugari: (dengan sifat angkuh...) Kebiasaannya sekali atau dua kali dalam sehari.

Ulamak: (dengan sifat bersahaja....) Saya mencuci kaki saya lima kali dalam sehari, bererti kaki saya lebih bersih dari muka saudari.....

Monday, December 15, 2008

dugaan atau kurniaan?

dah masuk 3 hari dia tak menegur aku..
aku rasa aku dah tak salah apa2..
sebab semua tanggungjawab dah aku laksanakan...
sebaik mungkin..aku takut masuk neraka..
jadi apa yang dia nak lagi..

aku tak tahu sampai bila..
aku boleh bertahan..
aku dah lemah, aku dah longlai..
aku takut aku akan putus asa..
Tuhanku, tolonglah aku..

Sunday, December 14, 2008

Wanita

adakalanya mereka mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki, namun mereka patutnya terima kejadian mereka seadanya. bukan bererti mereka itu kurang daripada lelaki, namun hakikatnya mengapa perlu sebegitu kerana jika begitu hendaknya, maka cacatlah kejadian insan itu kerana lelaki dan wanita itu saling memerlukan antara satu sama lain bukannya berlumba siapa yang lebih tinggi...

tidaklah sempurna seorang lelaki itu tanpa sebatang rusuk dari bahagian kirinya... bahkan tak mungkin lurus tulang rusuk kiri itu dengan sendirinya melainkan ada tukang yang melenturkannya menjadi lurus. rusuk kiri itulah wanita dan lelaki pulalah tukang lenturnya...

seorang tukang lentur perlu tahu apa yang hendak dilenturkannya, dia perlu tahu cara dan kaedah yang perlu digunakan. akan tetapi, untuk melenturkan sebatang rusuk yang hidup lagi bernyawa tidaklah semudah yang disangkakan, bahkan rusuk itu adalah ujian terbesar baginya kerana kelak bisa saja rusuk itu mendatangkan mudarat kepada tukang yang melenturkan itu sendiri.

"wanita itu adalah fitnah bagi lelaki"
-hadith-

ibarat besi pejal yang melengkung, bukanlah mudah untuk melenturkannya kerana ia memerlukan cara-cara yang tertentu bagi membolehkannya dilentur. besi yang melengkung mungkin boleh diluruskan akan tetapi ia bisa melenting kembali kepada keadaan asalnya. ketika melenting itulah ia mungkin melantun dan mudaratkan tukang lenturnya itu. maka perlu bagi tukang lentur itu melayurkan api yang sesuai untuk membakar bahagian yang bengkok sedikit demi sedikit sehingga berubah sifatnya yang bengkok itu kepada lurus... begitulah jua ibaratnya wanita...besi yang melantun dan terkena pada tukang itulah fitnah bagi tukang lentur...

seorang wanita itu, apabila ia melakukan kesalahan... maka disoal keatasnya atas apa yang telah dilakukannya ... akan tetapi bagi seorang lelaki itu kelak disoal akan segala apa yang dipertanggungjawabkan keatasnya... iaitu termasuklah isteri dan anak-anaknya ...

seorang suami yang berjudi contohnya, kelak disoal atas perjudiannya seorang diri akan tetapi seorang isteri yang berjudi pula, disoal keatas suaminya sekali atas sebab isteri itu adalah tanggungjawabnya...

Penghujung Sebuah Penantian

Selamat Pengantin Baru kepada Fida dan Radzie yang telah melangsungkan perkahwinan pada 11 Disember 2008 setelah menempuh dugaan yang panjang. Pahit getir yang dilalui bersama mengukuhkan lagi rasa kasih kalian. Aku berdoa untuk kebahagian keduanya sehingga akhir hayat.
Kenangan tengok wayang bersama kalian dua minggu sebelum kalian bersatu, tetap terpahat dalam hati aku. Romantiknya kalian berdua. Hati aku amat mencemburui kalian.
Mudah2an kalian dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.
Aku sahaja yang masih termangu2 sendiri.:`(

Saturday, December 13, 2008

One More Time

ONE MORE TIME

I lie half awake, late at night
I reach out to touch you
feel you by my side
and I reach, and I reach,
but I never get to feel you
Will I ever get to feel you again, again

Just one more time
One more moment
To take you in my arms
One more chance
One more kiss
Before I wake to find you gone
One more time
Before I have to face another day,
and my heart breaks again

It's only a dream
but it's all so real
Don't want it to end
but I know it will
So I pray, and I pray
Every night I'm on my kness
Begging for the chance to see you
again, again

Oh one more time
Before I have to face another day,
and my heart breaks again
again...


Lagu Chante Moore ni cukup aku suka..

Bila dengar saja lagu ni, hati aku berdebar tak keruan..

teringat kat sijantung hati yang lama..dah jadi sejarah pun..

seboleh2nya tak mahu aku menjebakkan diri ke dalam situasi itu lagi..

tapi ketentuan Allah SWT tak dapat siapa halang..Aku pasrah..



hari yang tak menetu

Pagi2 lagi hari aku tak menentu..
nak sampai ke petang karang tak tahulah..
kerja pulak banyak hari ni..
pagi2 lagi ada yang tak kena pada mata 'dia'..
apa salah aku?
aku selalu bersalah pada mata dia kah?
aku telah buat yang terbaik untuk dia..
tapi semuanya tak pernah dihargai..
sampai hati aku dah jadi tawar..
setawar biskut Jacob's cream crackers..
sampai bila dugaan ini terpaksa aku tempuhi...
Ya Tuhan. Tolonglah aku.

Wednesday, December 10, 2008

Kenangan di Medan


Tahun 2006, saya ke medan, indonesia bersama-sama group ofis. Perjalanan yang menyeronokkan. Saya kata menyeronokkan sebab kami kesana menaiki feri, bukan dengan flight macam saya pergi ke Bukittingi, Padang dulu. Adventure naik feri ni kick lebih. Bayangkan berada di tengah-tengah selat Melaka, masa tu terfikir jugak, kot2 ada lanun kaberet yang hijack kami. Naya..iyelah kalau banyak harta tu ok jugak, tapi kami2 ni semua apa yang ada..takat gelang mas 2 - 3 urat tu ada la..selebihnya body yang tak seberapa..nak letak lelong harga pun segan.

Pelabuhan Belawan tempat kami berlabuh, tak vogue langsung, macam gudang simpan barang saja. Budget dia punya govement ciput kot nak buat yang baru. Hati saya berkata 'Hujan batu negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri'. Ramainya budak minta sedekah, saya ni bukan tahan tengok budak2 ni, mulalah air mata yang tak dijemput datangnya mengenangi bulu mata palsuku. Nak bagi sekupang dua, tourist guide kata tak payah bagi.. Dalam perjalanan ke bandar Medan, saya melalui beberapa perkampungan yang saya kira, tidak ada apa yang patut saya sungutkan pun tentang kehidupan yang saya ada. Rumah2nya yang kebanyakkannya berdindingkan buluh dan beratapkan rumbia. Kalau nak kira rumah atap rumbia ni, akhir tahun 70an pun dah hampir tak ada kat Malaysia ni.. Rumah yang beratapkan genting saya difahamkan, rumah penduduk yang anaknya ada bekerja di Malaysia.. Budak2 berterjunan dari sebatang pokok ke dalam sebatang sungai yang sungguh hitam warnanya selaksana air longkang @ air cha kata orang kelantan. Sungguh tergamaklah jika sekiranya air tu jugak yang dibuat minum atau untuk berhadas..

Kami kemudiannya sampai ke Kota Medan..sepanjang tepi jalan banyak banner Peter Pan promo telcomsel kalau saya tak silap, baru saya faham makna 'gratis' tu rupa2nya percuma..
kami berjamu makan dekat satu restoran, enak jugak masakannya..tapi tak boleh lawan masakan mak dekat kampung.

Malamnya kami bertolak ke Danau Toba, sepanjang jalan hujan yang lebat dan dalam kelam2 tu pun sempat saya lihat banyaknya gereja di sepanjang jalan ke DT. Kami menginap di entah apa kenamanya hotel tu..ok lah jugak conditionnya..nak pakai sterika kena bayar tip kat budak yang bawak tu..mak mana boleh tudung tak bersterika..tak voguelah macam tu..tapi vogue2 pun masuk kubur, kain kapan putih jugak yang dibawa..so, tak nak perasanlah.

Buka mata, mandi..calit gincu sikit2, bukan nak menunjuk2 tau, tapi biar le nampak muka bukan macam orang sakit..saya buka pintu dan berjalan ke balkoni.. dan MasyaAllah..cantiknya alam yang Allah Maha Kuasa ciptakan untuk tatapan mata yang dipinjamnkanNya ini...Mentari di ufuk timur malu2 menunjukkan wajahnya..dalam hati saya berbisik..'alangkah indahnya jika pemandangan ini dapat dinikmati bersama dengan insan yang aku cintai...'


bersambung..

Takdir Illahi

Inilah pertama kali saya dapat buat blog saya sendiri. At least saya ada blog saya sendiri sekarang. Saya menjemput le kawan-kawan saya beri komen blog saya ni. Bunyi macam bodoh, tapi itu le ayat terbaik boleh saya buat.

**

Tiada apa yang paling indah yang terbit dari hati yang Allah SWT kurniakan adalah kemaafan dan keredhaan. Dahulu jika orang berkata, redhalah dengan apa yang Allah bagi dekat Engkau..apa yang terlintas dekat hati kita, orang yang cakap senanglah, sedang hakikat diri kita sendiri yang terpaksa hadapi. Tetapi kini tidak lagi, bukan bermakna malas berusaha, tetapi hati kecil ini sudah dapat menerima dengan lapang dada dugaan dan kurniaan dari Illahi.

Sebagai manusia biasa, tidaklah lepas diri kita dari dugaan. Semakin kuat dugaan, bermakna Allah SWT sayang akan kita, semakin Allah dekat dengan kita, asal kita hanya berserah kepadaNya dalam menentukan apakah yang terbaik untuk kita. Saya juga mengalami masalah yang dihadapi oleh manusia normal lain, masalah anak, masalah kerja dan yang paling hebat, masalah rumahtangga. Dahulu saya sering merintih, kenapa Allah menghukum saya sedemikian, dengan tidak memberi kebahagian kepada saya. Tapi rupa-rupanya hikmah yang terselindung di sebalik dugaan-dugaan ialah saya semakin hampir kepadaNya. Saya berdoa kepadaNya supaya disuburkan iman dan cinta saya kepadaNya. Dahulu saya tidak memberatkan sangat pasal mengawalkan solat, tapi Alhamdulillah, keinsafan yang Allah bagi memberi nikmat yang tidak terhingga.