Sunday, December 14, 2008

Wanita

adakalanya mereka mahu berdiri sama tinggi dengan lelaki, namun mereka patutnya terima kejadian mereka seadanya. bukan bererti mereka itu kurang daripada lelaki, namun hakikatnya mengapa perlu sebegitu kerana jika begitu hendaknya, maka cacatlah kejadian insan itu kerana lelaki dan wanita itu saling memerlukan antara satu sama lain bukannya berlumba siapa yang lebih tinggi...

tidaklah sempurna seorang lelaki itu tanpa sebatang rusuk dari bahagian kirinya... bahkan tak mungkin lurus tulang rusuk kiri itu dengan sendirinya melainkan ada tukang yang melenturkannya menjadi lurus. rusuk kiri itulah wanita dan lelaki pulalah tukang lenturnya...

seorang tukang lentur perlu tahu apa yang hendak dilenturkannya, dia perlu tahu cara dan kaedah yang perlu digunakan. akan tetapi, untuk melenturkan sebatang rusuk yang hidup lagi bernyawa tidaklah semudah yang disangkakan, bahkan rusuk itu adalah ujian terbesar baginya kerana kelak bisa saja rusuk itu mendatangkan mudarat kepada tukang yang melenturkan itu sendiri.

"wanita itu adalah fitnah bagi lelaki"
-hadith-

ibarat besi pejal yang melengkung, bukanlah mudah untuk melenturkannya kerana ia memerlukan cara-cara yang tertentu bagi membolehkannya dilentur. besi yang melengkung mungkin boleh diluruskan akan tetapi ia bisa melenting kembali kepada keadaan asalnya. ketika melenting itulah ia mungkin melantun dan mudaratkan tukang lenturnya itu. maka perlu bagi tukang lentur itu melayurkan api yang sesuai untuk membakar bahagian yang bengkok sedikit demi sedikit sehingga berubah sifatnya yang bengkok itu kepada lurus... begitulah jua ibaratnya wanita...besi yang melantun dan terkena pada tukang itulah fitnah bagi tukang lentur...

seorang wanita itu, apabila ia melakukan kesalahan... maka disoal keatasnya atas apa yang telah dilakukannya ... akan tetapi bagi seorang lelaki itu kelak disoal akan segala apa yang dipertanggungjawabkan keatasnya... iaitu termasuklah isteri dan anak-anaknya ...

seorang suami yang berjudi contohnya, kelak disoal atas perjudiannya seorang diri akan tetapi seorang isteri yang berjudi pula, disoal keatas suaminya sekali atas sebab isteri itu adalah tanggungjawabnya...

No comments:

Post a Comment